Apple telah menjual 3.9 juta unit iPhone di China pada April 2020

Menurut laporan terbaru pasaran telefon pintar, Apple meneruskan momentum positif penjualan telefon pintar iPhone susulan daripada Covid-19 dengan 3.9 juta unit iPhone telah dijual pada bukan April.

Apa yang menarik adalah, 24% peratus daripada jumlah unit yang terjual adalah iPhone SE yang baru dilancarkan.

Ini membolehkan Apple mencatatkan peningkatan penjualan sebanyak 160% berbanding bulan Mac 2020 namun masih 60% lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, pasaran telefon pintar di China telah meningkat sebanyak 94% berbanding bulan Mac dengan penjualan sebanyak 40.8 juta unit.