Black Shark 3 Pro tiba di Malaysia 4 Jun ini


Black Shark Malaysia telah mengumumkan bahawa Black Shark 3 Pro akan memasuki pasaran Malaysia pada 4 Jun ini walaupun pada mulanya dikatakan akan tiba di Malaysia lewat bulan ini.

Berikut adalah spesifikasi utama Black Shark 3 Pro di Malaysia :

  • Skrin paparan 2K AMOLED 90Hz 2K berukuran(3120 x 1440 pixels)
  • 8GB/12GB RAM
  • Pemproses Octa-core Snapdragon 865
  • Storab dalaman 256GB/512GB jenis UFS 3.0
  • Sokongan 5G
  • Sensor capjari In-display
  • Sistem penyejuk Liquid Cooling
  • Dua pembesar suara stereo
  • Android 10 (JOYUI 11 OS)
  • Tri-Kamera (64MP  + 13MP ultra-wide + 5MP depth)
  • Kamera swafoto 20MP 
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Black Shark 3 hadir dengan harga penjualan dari RM 2,799 yang bermaksud Black Shark 3 Pro pasti ditawarkan pada harga melebihi RM 3,000.

Black Shark juga telah memberikan jaminan bahawa maklumat harga dan info penjualan lanjut akan diumumkan pada 4 Jun ini.