Honor 9X Lite akan dilancarkan bersama Magic Earbuds dan Scale 2 pada 27 Mei ini


Honor telah mengesahkan bahawa pelancaran Honor 9X Lite di Malaysia akan berlangsung pada 27 Mei ini dan ianya akan turut disertakan dengan pelancaran TWS terbaru Honor iaitu Magic Earbuds dan penimbang berat Honor Scale 2.

Honor 9X Lite adalah telefon pintar terbaru Honor didalam siri ini dan ianya akan hadir dengan harga penjualan yang lebih mampu milik.

Antara spesifikasi Honor 9X Lite yang telah disahkan adalah skrin paparan FullView, tetapan dwi-kamera 48MP + 2MP dan storan dalaman 128GB.

Honor Magic Earbuds pula adalah peranti audio terbaru syarikat dan ianya hadir dengan reka bentuk ergonomik dan dengan teknologi hibrid noise cancellation.

Honor Scale 2 pula adalah model pengganti kepada Honor Smart Scale, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak selain bacaan berat yang lebih tepat.

Buat masa ini harga penjualan ketiga-tiga produk terbaru Honor ini masih belum diketahui.