Kerjasama OnePlus dan McLaren telah berakhir secara rasmi


Kerjasama OnePlus dengan McLaren telah berakhir secara rasmi. 

Ini bermaksud OnePlus tidak lagi akan mengeluarkan telefon pintar flagship OnePlus edisi McLaren selepas ini.

Kerjasama OnePlus dengan McLaren adalah sejak tahun 2018 dan baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa logo OnePlus tidak lagi disenaraikan didalam laman web McLaren sebagai rakan penaja rasmi.

Model terakhir telefon pintar OnePlus dengan kerjasama McLaren adalah OnePlus Concept One yang hadir dengan kamera ‘ghaib’ didalam warna kereta F1 McLaren iaitu Oren Betik.

Kerjasama ini bermaksud sebarang kemungkinan untuk menyaksikan OnePlus 8 atau OnePlus 8T didalam edisi McLaren sudah tiada.

sumber