Kerjasama OnePlus dan McLaren telah ditamatkan

Pasukan Formula 1 The McLaren Racing dan OnePlus menandatangani perjanjian pada Disember 2018 iaitu sebelum pelancaran siri OnePlus 6T.

OnePlus 6T McLaren merupakan telefon pertama OnePlus dengan Warp Charge 30W, dan pada ketika itu, ianya juga merupakan telefon pintar pertama dengan 10GB RAM.

Kemudian terdapat juga OnePlus 7T Pro Mclaren 5G dan ianya dilihat telefon pintar terakhir dalam kerjasama antara dua syarikat ini.

OnePlus telah ‘hilang’ dari laman rakan korporat McLaren yang membawa maksud perjanjian ini telah tamat tanpa sebarang lanjutan.

Produk terbaru OnePlus dengan kerjasama McLaren adalah OnePlus invisible camera yang dipamerkan di CES 2020 di Las Vegas namun ianya hanya model konsep.