Mi Band 5 akan hadir dengan skrin yang lebih besar dan bacaan SpO2

Jam kecergasan popular Xiaomi iaitu Mi Band 5 dilaporkan akan hadir dengan pembaca degupan jantung yang lebih baik dan dengan bacaan SpO2 (kadar saturasi oksigen dalam darah).

Xiaomi Mi Band 5 akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu 1.2” berbanding 0.95-inci dengan bezel yang lebih nipis.

Mi Band 5 juga dikatakan akan hadir dengan sokongan bantuan suara AI Amazon Alexa yang menyokong 8 bahasa namun respon yang diberi adalah dari segi teks sahaja.

Mi Band 5 dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun di China sebelum ke pasaran antarabangsa selepas itu.