Pasaran telefon pintar jatuh 20.2% pada suku pertama 2020

Laporan terbaru pasaran telefon pintar dunia daripada Gartner memberikan gambar sebenar pasaran telefon pintar global pada suku pertama tahun ini.

Seperti kita semua sedia maklum, Covid-19 telah mula menunjukkan sekitar bulan Disember yang menyaksikan pemberhentian pengeluaran global dan penjualan di China sebelum virus ini menjadi pandemik global.

Pengguna juga telah mula berhati-hatii dengan perbelanjaan kepada barang tidak penting yang secara langsung juga memberikan kesan kepada permintaan telefon pintar.

Penjualan telefon pintar telah jatuh 20.2% pada suku pertama 2020 berbanding tahun lalu dengan 5 syarikat teratas adalah Samsung, Huawei, Apple, Xiaomi, dan Oppo.

Samsung berjaya menjual 55 juta unit telefon pintar manakala Huawei berjaya menjual 42 juta unit diikuti Apple dengan 40 juta unit.

sumber