realme X3 SuperZoom tiba di Malaysia 28 Mei ini


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme X3 SuperZoom akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada 28 Mei ini.

Pengesahan pelancaran rasmi realme X3 SuperZoom ini tiba selepas  telefon pintar ini dijangka akan dilancarkan dipasaran India pada 25 Mei dan di Eropah pada 28 Mei 2020.

realme X3 SuperZoom dijangka akan hadir dengan teknologi zoom periskop 60x selain mod Starry yang membolehkanya mengambil gambar bintang dan bima sakti.

Selain itu, realme X3 SuperZoom juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan 120Hz, pemproses Snapdragon 855+ dan banyak lagi.

Pastikan anda menonton siaran langsung majlis pelancaran realme X3 SuperZoom pada 28 Mei ini di Facebook realme Malaysia.