Samsung Galaxy Note20 akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh

Samsung Galaxy Note20+ nampaknya telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh namun status kapasiti bateri Galaxy Note20 masih belum diketahui walaupun ada laporan mengatakan ianya akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh sahaja.

Walaubagaimanapun laporan terbaru daripada Sammobile mendedahkan bahawa Samsung Galaxy Note20 mungkin hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh. 

Selepas melakukan pencarian di laman pensijilan 3C China, sammobile telah memperoleh nombor versi bateri peranti ini iaitu EB-BN980ABY dan ianya mempunyai kapasiti seperti yang diatas.

Ini adalah berita baik bagi bakal pembeli Galaxy Note20 kerana kapasiti bateri adalah penting khusunya kita sedang memasuki era 5G.

Kapasiti bateri ini juga memberikan kita petunjuk bahawa skrin paparan Galaxy Note20 dan Note20+ tidak begitu jauh berbeza dengan aggaran skrin adalah 6.7” dan 6.9”.

Samsung Galaxy Note20 dan Galaxy Note20+ dijangka akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Super AMOLED Infinity-O , sokongan stylus S Pen , 16GB RAM, cipset Exynos 992 atau Snapdragon 865 bergantung kepada pasaran.

Selain itu, teknologi pengecasan pantas pada kadar minima 25W, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan wireless reverse.

Samsung Galaxy Note20 dan Galaxy Note20+ dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020 secara online tanpa pelancaran fizikal.