Samsung Galaxy Z Flip kini ditawarkan tanpa perlu membuat pra-tempahan


Samsung Mobile Malaysia kini telah mengumumkan telefon pintar foldable Galaxy Z Flip secara lebih meluas tanpa perlu membuat pra-tempahan.

Selepas dua penjualan melalui pra-tempahan yang mendapat sambutan baik, Galaxy Z Flip kini boleh dibeli terus di  Samsung Malaysia E-Store, Samsung Experience Stores dan wakil penjual rasmi Samsung . 

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip boleh juga dibeli di Shopee, Lazada, senQ, Courts, Harvey Norman dan Urban Republic.

Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan harga penjualan RM 5,888 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Mirror Purple, Mirror Black dan Mirror Gold.