Sebanyak 10 juta unit Siri Honor 9X telah dijual sejak pelancaran


Jenama telefon pintar Honor telah mengesahkan bahawa penjualan telefon pintar siri Honor 9X telah mendapat sambutan yang baik dengan setakat ini sebanyak 10 juta unit telah terjual di diperingkat global.

Siri Honor 9X terdiri daripada tiga model iaitu Honor 9X, Honor 9X Pro dan Honor 9X Lite yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia pada harga RM 699 sahaja.

Honor tidak mendedahkan jumlah pecahan unit terjual mengikut model namun jumlah 10 juta unit sejak model pertama didalam siri dikeluarkan pada bulan Julai 2019 adalah sesuatu yang baik.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Honor 9X Lite, ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 sahaja dan pembelian boleh dilakukan di Hihonor, stor Honor Malaysia dan Shopee.