Sekatan terhadap Huawei akan merugikan rakyat Amerika Syarikat

Dalam temubual bersama Bloomberg, Andy Purdy, Ketua Pegawai Keselamatan Huawei di AS mendakwa tindakan terbaru terhadap Huawei lebih banyak merugikan rakyat Amerika berbanding Huawei. 

Andy Purdy merujuk kepada tindakan terbaru oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat yang bertujuan untuk menghentikan Huawei menerima bekalan cip dari syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat.

CSO Huawei ini juga mengatakan bahawa Huawei  secara beransur akan pulih dari situasti ini dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru tetapi banyak warga AS akan kehilangan pekerjaan kerana ini akan mempengaruhi industri di seluruh dunia. 

Memperluaskan langkah-langkah sekatan terhadap Huawei sudah tentunya akan memaksa Huawei itu untuk memindahkan seluruh rangkaian bekalannya ke China, sekaligus menghentikan perniagaanya dengan rakan kongsi AS dan global.

Eksekutif itu juga mengatakan bahawa apabila Huawei telah bebas dari teknologi AS dalam jangka panjang, syarikat itu tidak akan kembali lagi. 

Syarikat China lain mungkin mengikut jejak langkah Huawei dan akhirnya menjejaskan daya saing AS di pasaran dan ianya mungkin juga akan diperkembangkan ke lebih banyak industri.

Andy Purdy juga menambah bahawa dia risau China mungkin akan membalas dengan mengenakan sekatan terhadap syarikat teknologi Amerika yang lain seperti Apple, yang pasti akan mencetuskan perang perdagangan yang lebih bahaya.