Sony akan adakan satu majlis PS5 pada 4 Jun ini

Pelancaran konsol generasi baru Sony iaitu PlayStation 5 akan berlangsung didalam masa beberapa bulan sahaja lagi dan kehangatan pelancaran ini semakin terasa selepas Sony mengeluarkan spesifikasi konsol permainan baru ini.

Sony kini telah mengesahkan satu lagi pelancaran sampingan bagi Sony PS5 yang akan disiarkan secara langsung di laman sesawang rasmi PlayStation pada 4 Jun ini.

Berdasarkan teaser yang dikeluarkan, siaran langsung ini dijangka lebih memfokuskan kepada permainan video yang akan ditawarkan pada PS5 ini.

Pastinya kebolehan grafik yang mampu dipersembahkan pada Sony PS5 akan menjadi tumpuan utama pada majlis pelacaran ini.

Pelancaran ini boleh ditonton pada 5 Jun jam 5 pagi waktu Malaysia pada pautan dibawah :

https://www.playstation.com/en-my/ps5/