Sony membatalkan Acara PS5 yang dijadual berlangsung 4 Jun ini

Sony sebelum ini telah mengesahkan pelancaran sampingan bagi Sony PlayStation 5 pada 4 Jun ini namun ianya kini telah dibatalkan ekoran rusuhan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat akibat pembunuhan George Flyod oleh anggota polis.

Sebelum ini kebanyakkan majlis pelancaran dibatalkan akibat Covid-19 namun rusuhan yang berlaku juga memberikan kesan dengan pembatalan majlis PS5 ini menyusul selepas Google juga menunda pelancaran Android 11.

Pengesahan pembatalan acara PS5 ini telah dibuat melalui saluran media sosial rasmi Sony dengan mesej mudah bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk meraikan pelancaran ini dan ada isu yang lebih penting harus didengari.

Buat masa ini Sony tidak memberikan maklumat samada majlis PS5 ini akan berlangsung pada tarikh lain atau dibatalkan sekaligus.