Telefon pintar pertama dunia dengan skrin 240Hz kini ke pasaran antarabangsa

Sharp Aquos Zero 2 telah dilancarkan pada bulan September sebagai telefon pertama di dunia dengan skrin paparan dengan kadar segar semula 240Hz. 

Pada mulanya Aquos Zero 2 hanya dijual di Jepun, namun kini ianya telah mula memasuki pasaran Taiwan dengan harga penjualan TWD21,990

Sharp Aquos Zero 2 hadir dengn pemproses Snapdragon 855, 8GB RAM, 256GB storan dalaman . Skrin paparan OLED 6.4 inci  dengan sensor capjari terbina pada skrin dan gelas keselamatan Gorilla Glass 6.

Sharp Aquos Zero 2 hadir dengan sensor utama 12MP f / 1.7, sensor ultrawide 20MP f / 2.4. Manakala kamera selfie adalah 8MP f / 2.4.

Telefon ini diumumkan telah bekerjasama dengan pasukan eSports yang ditaja oleh Sharp, namin kapasiti bateri hanya 3,130 mAh, ianya pasti tidak cukup untuk telefon bimbit yang menyokong kadar segar semula 240Hz.

Maklumat penawaran Sharp Aquos Zero 2 ke pasaan antarabangsa yang lain masih belum diketahui buat masa ini.