Vivo V17 kini ditawarkan pada harga penjualan RM 1,299

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran vivo V17 pada harga penjualan yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 1,299.

Vivo V17 yang dilancarkan sekitar bulan Disember 2019 hadir dengan harga penjualan RM 1,699 iaitu bagi versi 8/256GB namun kini versi V17 yang baru kini hadir dengan harga penjualan RM 1,299 sahaja namun dengan kapasiti 8/128GB.

Berikut adalah spesifikasi utama vivo V17

  • skrin Super AMOLED Ultra O 6.44”
  • Snapdragon 675 AIE
  • 8/128GB
  • 48MP AI Quad Kamera
  • 4,500mAh dengan pengecasan pantas Dual Engine 
  • Gaming Multi-Turbo
  • Sensor Capjari pada skrin
  • 32MP kamera selfie
  • Warna : Admira Blue & Crystal White

Vivo V17 yang baru ini kini boleh dibeli di vivo online storeShopee and Lazada