Vivo X50 Pro akan hadir dengan sensor kamera 50MP ISOCELL GN1 yang terbaru

Vivo telah mengesahkan bahawa vivo X50 Pro akan memasuki pasaran tidak lama lagi dengan teknologi kamera gimbal yang unik dipasaran.

Kini Vivo telah mengesahkan bahawa salah satu daripada telefon pintar mereka akan menggunakan kamera terbaru Samsung iaitu sensor 50MP ISOCELL GN1 dan X50 Pro dilihat sebagai calon terpilih.

Samsung juga telah mengumumkan sensor 50MP ISOCELL GN1 ini telah mula dikilangkan secara komersial dan telefon pintar yang menggunakan sensor ini akan mula memasuki pasaran dan vivo mendapat penghormatan sebagai syarikat pertama untuk menggunakanya.

Sensor 50MP ISOCELL GN1 daripada Samsung ini juga berupaya mengeluarkan output gambat beresolusi sehingga 100MP.